Tip Mudah Close Sales di WhatsApp

Malam ni saya share flow proses close sale yang saya sendiri guna.

Kira turutan skrip dari mula saya dapat nombor whatsapp prospek. Oh, saya memang tak pernah close kat inbox facebook. Sebab susah nak follow up nanti.

Contoh produk dalam situasi ni adalah produk kesihatan untuk IBU HAMIL.

  1. Kenalkan diri
    Cukup just intro simple jangan panjang panjang. 1st step ni lebih kepada nak ambil kepercayaan diorang.

Skrip:

“Assalamualaikum. Hai sis! Saya zara penasihat ibu hamil dari HQ MAMARIAM”

  1. Tanya masalah
    Ini bagi saya step wajib. Sebab nak bagi diorang rasa yang kita nak bantu die. Bukan nak jual barang.

Skrip:

“Boleh saya tahu sis ade masalah ape sekarang ya? Takut masalah sis tak sesuai dengan produk kami ni”

Nampak kan kat situ. Kite lebih kepada konsultan. Bukan penjual.

  1. Bagi testimoni yang berkaitan
    Ayat kat sini kite kene lebih kreatif. Sebab step ini lah sebenarnya “PRESENTATION” kita yang sebenar.

Gagal kat sini, gagal lah untuk close.

Skrip:

“Berdasarkan masalah sis ni, saya cadangkan sis ambil pakej rawatan berharga RM180 dan amalkan selama sebulan”

Terus saya bagi testimoni yang paling power.

3 tu je step core saya dalam close sale sebenarnya. Lepas 3 step tu, ade 3 kebarangkalian yang akan berlaku.

1) prospek tanya soalan lain macam details produk, kelebihan, postage dan lain lain

  • ini jawab je macam biasa. Selalunye kalau dah banyak tanya ni percentage nak beli tu tinggi.

2) prospek minta nombor akaun

  • bagi macam biasa. Takde skrip special pun yang saya amalkan.

3) prospek bagi alasan tanya suami, tunggu gaji

  • yang ini kita kena follow up. Saya inform kat die yang nanti saya akan follow up die semula.

Boleh faham kan? Semoga boleh hadam la penulisan saya ni. Ade soalan boleh tanya jangan malu-malu.

Leave a comment