Teknik Marketing yang Bakal Viral Pada 2020

Hai selamat tahun baru dari team kami Profeed Marketing.

Dah pasang azam baru ke untuk tahun baru ni?

Tahun baru, teknologi makin canggih, pemikiran orang pun makin canggih.

Bila pemikiran dah canggih, teknik pemasaran pun KENA jadi lagi canggih. Dah tak boleh sangat nak pakai teknik yang lama-lama, kena cuba jugak cara baru. Tak buat banyak, sikit pun jadi.

Dalam blog post kali ni saya nak share cara pemasaran untuk tahun 2020 yang lagi efektif iaitu dengan menggunakan video marketing. Okey actually tak ada lah baru sangat kan, dah bertahun lepas lagi kita dok dengar, tapi secara realitinya kita buat tak?

Memang agak leceh sikit video marketing ni sebab nak sediakan satu content video kadang-kadang ambil masa yang agak lama tapi percayalah ianya berbaloi.

Target market yang tonton video dan masuk lebih senang convert kerana video akan membuatkan audience lebih mudah faham tentang produk atau servis kita.

Organic reach pun boleh naik cepat sebab audiens akan share video yang mereka rasa berguna dan berkaitan dengan mereka.

Ada beberapa ciri video-video yang berguna ni antaranya:

  • Video yang memberi info baru
  • Video menceritakan sebuah story
  • Video yang mempunyai content pelik seperti (video prank atau video berkenaan duit)
  • Animated video

Dan banyak lagi.

Tapi untuk tujuan marketing, selalu kita guna akan guna video yang boleh develop pemahaman audience berkenaan produk kita. Tak kira macam mana cara sekalipun, kita kena susun content video kita supaya orang boleh faham apa yang nak disampaikan tu.

Kita sedia maklum, nak buat video ni banyak kekangaan dan cabaran.

Kekangan dari segi peralatan nak buat video seperti software. Kenapa software? Kenapa saya tak kata kamera atau hardware? Haaa sebabnya zaman sekarang ni kamera ada di mana-mana, dalam poket kita pun dah boleh muat kamera. Kamera phone kita lah.

Bayangkan sekarang orang dah berani compare kamera phone dengan kamera DSLR. Macam biasa lah, ada kata kamera phone elok, ada kata dslr elok. Ia bergantung kepada jenis video apa yang kita nak buat.

Kalau bab software, memang ada antara kita boleh dapatkan software dari dalam App Store (Apple) atau Play Store (Android) tapi korang kena tahu, proses editing dalam phone berbeza dengan dalam komputer.

Dalam komputer lagi cepat edit, lagi cepat render, boleh buat banyak tambahan plugin, tak pening kepala sebab screen pun besar dan banyak lagi advantage.

Jadi kesimpulannya, kalau anda teringin nak cuba video marketing tapi dalam masa yang sama ada banyak kekangan untuk buat video ni, anda boleh dapatkan servis Profeed Marketing. Dalam servis Profeed, kami 4 Jenis Video yang sesuai dijadikan bahan marketing;

  1. USP Review video
  2. Explainer video
  3. Animated Explainer video
  4. Video Sales Letter

Profeed video

Sekiranya memiliki video yang convert yakni tukar penonton menjadi pembeli, anda boleh dapatkan Servis ProFeed Video dengan KLIK butang di bawah

Leave a comment