3 Tempat Terbaik untuk Beli Domain TLD yang Murah & Selamat

Sebelum memiliki website sendiri, langkah pertama yang kita perlu ada adalah mempunyai domain name sendiri.

Sama ada domain name antarabangsa (TLD) seperti .com, .net dan .org atau domain name tempatan seperti .my atau .com.my.

Jika kita nak beli domain .my atau .com.my kita boleh beli di Exabytes.my, yeahhost.com.my dan lain-lain tempat.

Tapi kalau kita nak beli domain TLD, di mana kita nak beli?

Kita nak beli domain yang murah bagi tahun pertama serta renew tahunannya juga murah (dalam RM30 setahun). Bukan hanya tahun pertama sahaja murah tetapi bila sampai masa nak renew harganya mahal berganda.

Dan untuk yang baru dengar domain TLD. Domain TLD ialah Top-Level-Domain yang di mana kebiasannya nama domain menggunakan .com, .org, .net, .gov, .biz dan .edu.

Kalau sebelum ini saya banyak syorkan beli domain di GoDaddy kerana tahun pertama dan first time customer sahaja sangat murah hanya 1 USD sahaja bersamaan RM4. Namun kekurangnya ialah renew tahunan di GoDaddy sangat tinggi lebih kurang 14 USD bersamaan RM56.

Jadi apa alternatif lain selain GoDaddy? Selepas buat kajian dan banyak bertanya pendapat pakar akhirnya ini 3 tempat yang saya jumpa.

Tapi sebelum itu, jangan beli domain lagi sebab…

Sebelum Beli Domain

Semak terlebih dahulu nama domain website kita pernah dibeli atau tidak dan pastikan nama domain kita bebas spam dan ban di mana-mana tempat.

Maksudnya pernah tak nama domain kita kena block di Facebook? Di Google? Atau lebih teruk lagi pernah kena block dengan KKM. Jika tidak, membazir sahaja duit kita sebab beli nama domain yang tak boleh guna.

Cara untuk Semak Domain Kena Blacklist atau Tidak:

3 Tempat Terbaik untuk Beli Domain TLD yang Murah & Selamat 1
Contoh domain kena block dengan Facebook
  • Check di Google: taip site:namadomain.com.
    • Contoh: site:profeed.my
    • Jika keluar website kita di Google maksudnya website kita tak kena ban dengan Google. Tetapi andai kita beli domain baru kebiasaannya tak akan keluar juga result di Google jadi cara lain kita boleh guna tool ini: gf.dev/blacklist-test

Setelah selesai semak nama domain, kita dah tahu nama domain kita bersih maka boleh beli domain di 3 tempat terbaik ini.

#1 NameSilo

3 Tempat Terbaik untuk Beli Domain TLD yang Murah & Selamat 2

Tempat yang selalu saya beli ialah di namesilo.com

Kenapa namesilo menjadi pilihan saya dan ramai pakar web? Kerana namesilo murah dan selamat. Bermaksud setiap domain yang kita beli maklumat pembeli domain akan dilindungi. Jadi orang tak boleh tahu website tersebut dimiliki oleh siapa. Atau bahasa lain dipanggil WHOIS protection.

Harga first year .com di namesilo ialah: $8.99.

Dan renew juga harga sama.

Tapi kita boleh dapat lebih murah lagi dengan cari kupon di Google. Search sahaja coupon namesilo pasti banyak website yang memberi kod diskaun untuk membeli domain di namesilo.

#2 PorkBun

3 Tempat Terbaik untuk Beli Domain TLD yang Murah & Selamat 3

Selain itu saya banyak juga beli di PorkBun. Jangan risau anda tak perlu samak kalau mahu beli domain di sini.

Porkbun jugak menawarkan pelbagai domain extension yang pelik tetapi murah.

Kebisannya saya beli domain .com di porkbun boleh dapat dalam bawah $8. Sama juga renew tahunan tidak lebih daripada $9.

Kita juga dapat WHOIS protection sama seperti namesilo.

Dan boleh dapat domain yang lebih murah jika kita ada kupon. Caranya sama seperti sebelum ini. Hanya cari di Google.

#3 Alibaba Cloud

3 Tempat Terbaik untuk Beli Domain TLD yang Murah & Selamat 4

Dan tempat terakhir yang sedang trending ialah di Alibaba Cloud.

Saya tak pernah lagi beli di Alibaba, walaupun begitu first year dan renew domain .com di Alibaba juga murah, di bawah $8. Sama seperti di namesilo dan porkbun.

3 Tempat Terbaik untuk Beli Domain TLD yang Murah & Selamat 5

Di Alibaba Cloud juga kita boleh guna kupon. Jadi kemungkinan besar kita boleh dapat lebih murah daripada harga yang diberikan.

Yang Mana Satu Menjadi Pilihan Anda?

Setiap satu sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi saya namesilo dan porkbun adalah tempat terbaik jika anda mahu membeli domain yang banyak dan murah serta selamat.

Jika anda ada tempat yang lebih baik lagi, boleh komen di bawah.

Jumpa lagi.

website that convert

Sekiranya belum mempunyai website sendiri dan mahu memiliki website yang convert, boleh dapatkan Servis ProFeed Website dengan KLIK butang di bawah

Leave a comment